Monday, October 25, 2010

Kelas Teknik Asas with Rozabeads


5th June 2010, Saturday
CHOSEN ONE MANAGEMENT 
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8) 
24B, JALAN LIKU B 8/B, 
SEKSYEN 8, 
40000 SHAH ALAM, 
SELANGOR DARUL EHSAN



niat di hati pada asalnya ingin belajar teknik jahitan manik crumble. Memang  keinginan tu amat mendalam sampai ke tulang sum sum. Disebabkan kurang masa untuk googling, i asked my cousin a.k.a PA, cik Alicia kee atau nama panggilan manja BON.


sambil google tu kami berdiskusi dalam telefon tentang harga yuran, masa, teknik jahitan dan jugak otai otai beaders. Dari segi penilaian diri sendiri, saya memang cukup salute dengan jahitan butterfly beads, tuan empunya bernama zai. Tapi apakan daya, bila lihat blog beliau, tidak ada kelas yg hendak dianjurkan disebabkan beliau tengah sarat mengandung. 


Hasil daripada pertikaman lidah dari saya dan sepupu, akhirnya kami singgah di blog Rozabeads. Agak kagum dengan hasil seni shimmering flora beliau. Kami bertuah sebab akhirnya kami dapat menempah nama utk join her class. Untuk memeriahkan lagi kelas itu, saya ajak teman sepejabat Nora and Intan. 


Kami decide untuk join kelas teknik asas dahulu, memandangkan tawaran yg dibuat memang menarik. Yuran kelas cuma RM150, bagi saya memang berbaloi, sebab peralatan jahitan dan manik disediakan, dan yg paling penting MAKANAN provided also. Sijil jugak akan diberi kepada pelajar yg lulus dengan cemerlang. Jangan risau, semua akan lulus....


Teknik asas yg dipelajari pun senang dan cantik. Tidak sabar untuk diaplikasikan di baju sendiri ;) Amat bertuah dapat cikgu yang begitu supporting dan havoc. Mula takut jugak, kot kot cikgu ni kejutan budaya dengan kelakuan aku dan rakan yang lain. hehehe tapi kelas hari tu memang terangkat, 2 member lain yg join kelas tu pun rasanya tidak ketahanan jiwa dengan gelagat kami.


Untuk maklumat lanjut, boleh la layari blog cikgu saya : 



happy dapat door gift









hasil titik peluh saya ;)




 hasil kerja tangan kami ;0




terima kasih cikgu!!



 me and kak ita



 nora



 intan



siti



alicia


No comments:

Post a Comment