Tuesday, October 26, 2010

Kelas Shimmering Flora with Rozabeads

26th June 2010, Sunday

Setelah tamat pembelajaran teknik asas bersama Rozabeads, akhirnya saya dan cousin, Alicia telah membuat keputusan untuk melanjutkan lagi teknik jahitan manik kami. Setelah mendapat tahu kak ita, pemilik Rozabeads, mengadakan kelas shimmering flora pada 26th June, kami pun menempah nama..maklumlah kelas memang limited untuk 6 pelajar sahaja supaya tumpuan dapat diberikan kepada setiap pelajar. Kali ni cuma saya dan Alicia sahaja yg join kelas ni, disebabkan nora dan intan mempunyai hal yg tidak dapat dielakkan.


Yuran kelas sebanyak RM150, termasuk peralatan menjahit, makan dan minum serta sijil penyertaan setelah lulus dengan cemerlang ;) Kelas dijadualkan bermula pada 9:30 pagi dan tamat pada 2:30 ptg...tapi kalau dah aku dan alicia dalam kelas tu, manalah dapat habis awal. Maklumlah, sekejap sekejap hendak bergurau dan bergossip. Gurau gurau pun tangan still jalan ok. hehe...kali ni rasanya cikgu sudah masak dengan gelagat kami, but still, pelajar yg lain tetap kejutan budaya dengan perangai kami yg loud dan havoc itew.....janji enjoy...


Kalau tengok hasil jahitan shimmering flora ni terasa macam sukar sangat tekniknya. Tapi, berkat kesabaran dan dedikasi kak ita, kami perolehi tips dan teknik untuk menghasilkan jahitan shimmering flora yg cantik dan kemas. Tidak lah susah mana pun yang penting passion tu kena ada. Memang tidak rugi belajar teknik ni dengan kak ita, sebab through my observation and my personal view, banyak banyak design shimmering flora, saya memang gemar dengan hasil kerja tangan kak ita. Salute to kak ita.


Yang menariknya kelas shimmering flora ni, kita dapat belajar bermacam jenis design bunga. From that, kita dapat mengaplikasikan di baju kita mengikut citarasa masing masing dan ikut kreativiti masing masing. 


kekwa, hybrid & baby lily


 bunga spider


 hybrid & kekwa


 bunga sisik ikan


 labuci bersayap, bunga kobis, hybrid & 3 serangkai


 manik cendawan, bunga teratai & hybrid


 class and the participants


 i love this palette so much, makes my beadings easier


 dengan bangganya, saya telah melantik diri sendiri utk menjadi ketua darjah ;p


finally, hasil kerja tanganku


No comments:

Post a Comment