Tuesday, October 26, 2010

Kelas Crumble with Rozabeads


18th July 2010, Sunday


hari yang dinantikan telah tiba. memang sudah lama teringin belajar teknik crumble ni. Actually kalau ikutkan kak ita tidak organise class lagi due to bulan ramadhan yang akan tiba. Katanya kalau ada pun, insya Allah after raya. Alamak.....kalau lepas raya lama sangat la pulak, tambahan pula, raya tahun ni mestilah nak pakai design crumble kat baju raya ;)


Atas desakan, pujukan rayu dan negotiation skills ku selama 5 tahun, maka kak ita bersetuju untuk mengadakan kelas crumble pada 18th July 2010..kesian kak ita. Namun, kelas kali ni cuma saya dan intan sahaja yg dapat join. Alicia busy melayan ibu mertua manakala nora busy dengan program bowling bersama staffs.  


Yuran kelas berbeza dari kelas yg lain, ni disebabkan pelbagai jenis manik akan digunakan untuk menghasilkan teknik ini. Pada asalnya, memang diriku asyik terwonder bagaimana hendak menghasilkan gabungan manik ini...setelah menghadiri kelas bersama rozabeads, barulah rahsia terbongkar. Memang senang untuk difahami dan tidak memerlukan kepakaran menjahit untuk menghasilkan teknik ini. yang penting passion kena ada.


Kelas kali ni kurang terangkat, sebab kali ni Alicia tidak join. Tapi tidak bermaksud intan tu pendiam orangnya.heheh bukan apa, ada 2 orang kakak lagi yg join. Memang proud of them cos, faktor umur tidak menjadi penghalang untuk menimba ilmu dalam bidang ini. Since diorang pun ada minat yang sama, maka mereka pun dapat menghasilkan kerja tangan yang memuaskan.



 intan, kak rodzita, kak ita, dan kak aishah



hasil titik peluh saya..unbelievable


untuk bahagian leher





gabungan kerja tangan kami



2 comments:

  1. Salam anak muridku sayang....Waah dh ada blog!!!!Macm ni la!!! Go Elsa go!

    ReplyDelete
  2. tx for your support kak ita..proud to be ur student

    ReplyDelete