This fabric was given by my friend, a punjabi suit material bought in India as my belated birthday gift. As usual, baju kurung pesak gantung menjadi pilihan and as for the beads I have chosen the paisley design.
Friday, February 4, 2011
Saturday, January 1, 2011
First Assignment from Intan
I got assignment from Intan, teman sekerja..but the baju is actually her sisters. Mula mula rasa takut jugak cos this would be my first assignment dari orang yg tidak dikenali. Dapat baju ni rasa takut sangat and blur. Cos baju ni memang plain sangat, warna putih kain pulan warna coklat. Kalau selalunya kain plain la paling senang untuk mereka design and mencurahkan idea.
material cotton putih
terpaksa lah buat lakaran dulu sampai puas hati
bahagian leher memang luas, belahan sampai ke pusat
hasilnya:
terima kasih Intan, lepas ni jangan la serik untuk bagi assignment lagi ;)
Saturday, December 18, 2010
Baju Raya Myelsakee
Fabrik thai silk pemberian kakak sulung akhirnya menjadi baju raya tahun ini. Dihiasi dengan teknik crumble line 0 dengan menggunakan gabungan semi precious stones, crystals dan glass beads
bahagian leher
dihiasi motif kupu kupu
ditambahkan juga design paisley
bahagian lengan
cantik berseri di pagi raya
Thursday, October 28, 2010
Playing with Crystal
fabric ni dibeli dari Vietnam during my Meritorious Service Award Trip. Memang sudah lama teringin untuk bermain dengan crystal beads, so not much idea, saya just jahit manik juntai. Memang berat, tambahan pula fabric tu lembut sangat. Tapi puas hati dengan hasilnya, janji bling bling ;)
Wednesday, October 27, 2010
Baju raya Felicia
after melihat hasil kerja daripada kelas crumble. Felicia, my colleague jatuh hati dengan design tersebut dan meminta agar saya dapat mengaplikasikan teknik ini di baju raya beliau. Baju kurung plain merupakan kanvas yang sangat sesuai untuk beading. Macam macam design boleh dicorakkan di atas baju tersebut. So ini merupakan assignment pertama saya.
gabungan 3 warna: hijau, pink dan biru menjadi pilihan empunya baju
hasil crumble di bahagian lengan
disebabkan felicia nak cepat, so beliau agree untuk design manik juntai di bahagian leher
manik juntai di bahagian leher
hasilnya: inilah baju raya Puan Felicia ;)
Tuesday, October 26, 2010
Kelas Crumble with Rozabeads
18th July 2010, Sunday
hari yang dinantikan telah tiba. memang sudah lama teringin belajar teknik crumble ni. Actually kalau ikutkan kak ita tidak organise class lagi due to bulan ramadhan yang akan tiba. Katanya kalau ada pun, insya Allah after raya. Alamak.....kalau lepas raya lama sangat la pulak, tambahan pula, raya tahun ni mestilah nak pakai design crumble kat baju raya ;)
Atas desakan, pujukan rayu dan negotiation skills ku selama 5 tahun, maka kak ita bersetuju untuk mengadakan kelas crumble pada 18th July 2010..kesian kak ita. Namun, kelas kali ni cuma saya dan intan sahaja yg dapat join. Alicia busy melayan ibu mertua manakala nora busy dengan program bowling bersama staffs.
Yuran kelas berbeza dari kelas yg lain, ni disebabkan pelbagai jenis manik akan digunakan untuk menghasilkan teknik ini. Pada asalnya, memang diriku asyik terwonder bagaimana hendak menghasilkan gabungan manik ini...setelah menghadiri kelas bersama rozabeads, barulah rahsia terbongkar. Memang senang untuk difahami dan tidak memerlukan kepakaran menjahit untuk menghasilkan teknik ini. yang penting passion kena ada.
Kelas kali ni kurang terangkat, sebab kali ni Alicia tidak join. Tapi tidak bermaksud intan tu pendiam orangnya.heheh bukan apa, ada 2 orang kakak lagi yg join. Memang proud of them cos, faktor umur tidak menjadi penghalang untuk menimba ilmu dalam bidang ini. Since diorang pun ada minat yang sama, maka mereka pun dapat menghasilkan kerja tangan yang memuaskan.
intan, kak rodzita, kak ita, dan kak aishah
hasil titik peluh saya..unbelievable
untuk bahagian leher
gabungan kerja tangan kami
Kelas Shimmering Flora with Rozabeads
26th June 2010, Sunday
Setelah tamat pembelajaran teknik asas bersama Rozabeads, akhirnya saya dan cousin, Alicia telah membuat keputusan untuk melanjutkan lagi teknik jahitan manik kami. Setelah mendapat tahu kak ita, pemilik Rozabeads, mengadakan kelas shimmering flora pada 26th June, kami pun menempah nama..maklumlah kelas memang limited untuk 6 pelajar sahaja supaya tumpuan dapat diberikan kepada setiap pelajar. Kali ni cuma saya dan Alicia sahaja yg join kelas ni, disebabkan nora dan intan mempunyai hal yg tidak dapat dielakkan.
Yuran kelas sebanyak RM150, termasuk peralatan menjahit, makan dan minum serta sijil penyertaan setelah lulus dengan cemerlang ;) Kelas dijadualkan bermula pada 9:30 pagi dan tamat pada 2:30 ptg...tapi kalau dah aku dan alicia dalam kelas tu, manalah dapat habis awal. Maklumlah, sekejap sekejap hendak bergurau dan bergossip. Gurau gurau pun tangan still jalan ok. hehe...kali ni rasanya cikgu sudah masak dengan gelagat kami, but still, pelajar yg lain tetap kejutan budaya dengan perangai kami yg loud dan havoc itew.....janji enjoy...
Kalau tengok hasil jahitan shimmering flora ni terasa macam sukar sangat tekniknya. Tapi, berkat kesabaran dan dedikasi kak ita, kami perolehi tips dan teknik untuk menghasilkan jahitan shimmering flora yg cantik dan kemas. Tidak lah susah mana pun yang penting passion tu kena ada. Memang tidak rugi belajar teknik ni dengan kak ita, sebab through my observation and my personal view, banyak banyak design shimmering flora, saya memang gemar dengan hasil kerja tangan kak ita. Salute to kak ita.
Yang menariknya kelas shimmering flora ni, kita dapat belajar bermacam jenis design bunga. From that, kita dapat mengaplikasikan di baju kita mengikut citarasa masing masing dan ikut kreativiti masing masing.
kekwa, hybrid & baby lily
bunga spider
hybrid & kekwa
bunga sisik ikan
labuci bersayap, bunga kobis, hybrid & 3 serangkai
manik cendawan, bunga teratai & hybrid
class and the participants
i love this palette so much, makes my beadings easier
dengan bangganya, saya telah melantik diri sendiri utk menjadi ketua darjah ;p
finally, hasil kerja tanganku
Subscribe to:
Posts (Atom)






































